BlOg ArChIvE

Monday, August 30, 2010

Umat Manusia Bersaudara

Hidup hendaklah bersaudara.Islam satu-satunya agama yang sangat mengambil berat tentang persaudaraan.Hidup berkasih sayang.Daripada persaudaraan itu lahirlah perasaan hormat menghormati,maaf-memaafi dan bertolak ansur.Akan tetapi manusia sentiasa berbalah dan berpecah belah,berperang,sehingga manusia hidup dalam kesengsaraan.Bumi menjadi hancur.

Kenapa?Apakah sebab?Sebabnya ialah penyakit hasad, penting diri sendiri, asobiyyah, mengikut nafsu dan lain-lain.Kerana sifat-sifat yang buruk itulah menyebabkan manusia sanggup berbalah dan berperang.Oleh itu sifat-sifat ini semua hendaklah dihapuskan daripada bersarang dalam diri manusia.

Oleh kerana itu Allah telah mengharamkan semua itu.Ini kerana selagi perkara-perkara itu ada didalam diri manusia maka mereka akan kekal bersengketa.Allah SWT mahu manusia hidup bersaudara, berbaik-baik, berkenal-kenalan diantara satu sama lain.Allah berfirman:

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٲنِ‌ۚ لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُو يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا
خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬

yang bermaksud “Wahai manusia sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan.Lalu Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenal-kenalan, bersaudara mara.Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu disisi Allah ialah orang yang bertaqwa.Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui lagi maha bijaksana. (surah al hujuraat ayat 13)

Rasulullah SAW hidup dalam masyarakat kafir quraisy di Makkah.Baginda memperkenalkan persaudaraan bersama-sama sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dan terhadap keluarganya dari kalangan kafir quraisy serta jiran-jiran, kawan-kawan dan masyarakat.Apabila para sahabatnya yang asalnya kafir ,lalu mereka memeluk Islam,maka rasulullah tidak melarang para sahabatnya yang telah Islam itu berbuat baik terhadap keluarga mereka yang masih lagi kafir.

Bahkan rasulullah mengajar mereka supaya sentiasa berbuat baik kepada manusia seluruhnya.Ummat Islam disuruh bersikap adil kepada kawan dan lawan.Ummat Islam juga dilarang bersikap zalim kepada lawan dan lebih-lebih lagi kepada kawan.Ertinya mereka hendaklah hidup bersaudara, berkawan, bermasyarakat, tolong menolong dalam perkara baik, kemausiaan dan taqwa.Allah berfirman di dalam al-Quran:

yang bermaksud “Dan bertolong menolonglah kamu dalam perkara baik dan taqwa dan janganlah kamu bertolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. (surah al-maaidah ayat 1)

Kita sangat-sangat perlu kepada penghayatan persaudaraan.Penghayatan yang dilandaskan ikhlas kepada Allah, jujur dalam persaudaraan, hasilnya, cepat atau lambat pastinya kebaikan itu untuk Islam dan ummat Islam.Manusia yang hidup dimana-mana zaman dan tempat, mereka tidak boleh lari dari kepentingan tolong menolong ini.

Mereka saling memerlukan antara satu sama lain.Peniaga memerlukan pelanggan, murid perlu kepada guru, pemimpin memerlukan rakyat dan sebaliknya.Bahkan semua manusia saling memerlukan antara satu sama lain.Contoh ikatan inilah yang membuktikannya.Ianya bukan sekadar terhad kepada ekonomi sahaja malahan ianya melangkaui lebih dari itu.Allah menjelaskan didalam ayat-ayat yang banyak berhubung dengan persaudaraan.

1)Persaudaraan antara muslim dan bukan muslim:

yang bermaksud bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku (surah al-kaafiruun ayat enam).

yang bermaksud kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya  kamu berkenal-kenalan diantara satu sama lain. (surah al hujuraat ayat 13)

2)Berkaitan dengan jiran dan tetamu nabi SAW bersabda sesiapa yang beriman kepada Allah dan rasul, hendaklah dia memuliakan jirannya dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan rasul hendaklah dia memuliakan tetamunya dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan rasul maka hendaklah dia bercakap baik atau dia diam.

3)Persaudaraan yang berkaitan dengan keluarga.Pernah seorang sahabat datang menemui nabi SAW lalu bertanya kepada siapakah kami perlu berbuat baik?Lalu nabi SAW bersabda kepada ibumu.Lelaki itu bertanya lagi kemudian kepada siapa?rasulullah SAW menjawab lagi kepada ibumu.Kemudian lelaki itu bertanya lagi selepas itu kepada siapa?nabi SAW mengulangi jawapan baginda kepada ibumu.Lelaki itu bertanya lagi selepas itu kepada siapa? Barulah rasulullah SAW menjawab kepada ayahmu.

Untuk menjaga persaudaraan,hendaklah kita menghidupkan amal-amal yang baik, mencegah mungkar dan menghapuskan kezaliman sehingga didalam Islam untuk menjaga persaudaraan itu, seseorang tidak boleh membaca al quran dengan suara yang tinggi sehingga mengganggu orang lain.Disana terlalu banyak dalil, bukti-bukti lojik-lojik bahawa manusia hendaklah hidup bersaudara samada mereka bersaudara sesama Islam ataupun juga dengan yang bukan Islam

Dalam suasana persaudaraan itu, maka kita selaku orang-orang Islam hendaklah  mengambil peluang bagi menyebarkan agama Allah yang menjadi tugas pengikut nabi Muhammad SAW.Sabda nabi SAW yang bermaksud sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.Kita mahu hidup kita bersaudara diatas dunia ini dengan kita memikul amanah Allah selaku manusia adalah hamba-hamba Allah.Suasana yang baik, hormat menghormati dakwah islamiyyah sangat mudah untuk diserapkan kelubuk-lubuk hati manusia.Pesan Pak Nasir dari Indonesa “Ikan biar tertangkap,air jangan keruh”

Wallahua’lam



No comments:

There was an error in this gadget