BlOg ArChIvE

Tuesday, August 31, 2010

Tidak Berhias Untuk Suami

Sebahagian wanita berpegang bahawa dengan berpenampilan lusuh dan dengan tidak memakai perhiasan dapat mendekatkan diri kepada Allah. Kebanyakan daripada isteri masih tidak menyedari bahawa itu adalah perbuatan yang salah. Berhias dan mencantikkan diri untuk suami merupakan suatu ibadah dan saranan positif yang dituntut oleh fitrah setiap wanita.
Kita seharusnya menyedari bahawa tidak berhias untuk suami merupakan salah satu bentuk kezaliman kerana isteri telah melalaikan haknya. Perkara ini merupakan salah satu sebab dan musabab yang akan menggugat kebahagiaan hubungan antara suami dan isteri. Lebih teruk lagi, kadang-kadang perkara ini akan menyebabkan si suami menjauhi isterinya dan cuba mencari pasangan lain semata-mata hanya kerana si isteri tidak dapat memenuhi kehendak syahwatnya dan perasaan romantiknya.
Begitu juga dengan kamu wahai muslimah aktivis dakwah! Sesungguhnya kamu lebih mengetahui bagaimanakah cara yang terbaik untuk memikat hati si suami. Belajarlah untuk memiliki akhlak seperti bidadari yang sentiasa setia untuk memenuhi segala kehendak si suami. Jadikanlah kehidupan si suami bagai berada di syurga yang penuh dengan layanan mesra daripada wanita solehah yang bernama isteri.

No comments:

Powered By Blogger