BlOg ArChIvE

Tuesday, February 22, 2011

Kekeliruan Mengenai Istilah SALAM


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum, salam alaik. (andai ustaz Zawawi baca note ni, minta jelaskan sedikit kekeliruan tentang hal ini kerana ianya dikaitkan dengan nama alfadhil ustaz)
(Dakwah Islamiah Ismi)
Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan.

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau ...AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel berkenaan, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".

Penulisnya menulis:



JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"



بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم



اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??



Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".



Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله

Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..

Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?- syukran jazilan pada yg memberikan artikal ini......maafkan sahabat2 yg telah tersalah tafsir sesungguhnya manusia tak lepas dari melakukan kesilapan inikan kita hanyalah manusia biasa......

namun dalam mentafsir ayat quran,x boleh main bedal je...

sedangkan dalam ayat 
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89), andai dibaca daripada awal, ia bukanlah membawa maksud yg buruk. ianya cuma perkataan yg membawa maksud sejahtera. bukanlah celaka, bukanlah jahanam.

bacalah maksud ayat tersebut daripada atasnya... tatkala Muhammad menyatakan bahawa mereka 'org yg tidak menyembah Allah' adalah mereka yg mungkar. lantas mereka 'golongan mungkar' berpaling berlalu pergi sambil mengucapkan salam iaitu salam sejahtera atau selamat tinggal (mengikut waktu dan keadaan digunakan) dan mereka iaitu golongan mungkar itu akan mengetahui nasib buruk mereka kerana tidak menyembah Allah. jadi, apa salah perkataan salam?

inilah kekeliruan yg timbul.

Bahasa Arab sebenarnya sangat mudah. tapi ada juga kompleksnya.

Kita mesti ubah mindset kita.Al-Quran dari bahasa Arab. [Yusuf :2]

Satu bahasa, tidak akan sama dengan bahasa yang lain. Lain bahasa, membawa lain makna.Bahasa tempatan dapat dijiwai. Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, jadi hanya orang arab dan orang faham bahasa arab yang dapat memahami ayat-ayat Allah dan menjiwainya.Al-Quran ingin menyentuh hati manusia. Ayat yang sama boleh membawa maksud yang berbeza jika intonasi ayat itu yang dibaca itu berubah. Bagaimana pula intonasi dalam Al-Quran? Bahasa Arab adalah sebuah bahasa yang sangat unik. Satu ayatnya, mempunyai banyak makna. Ini disebabkan bahasa Arab mempunyaibalangah termasuk juga nahu dan sorof. Mesti pandai bahasa Arab untuk menguasai Al-Quran.Al-Quran mempunyai maklumat dan feeling yang ingin disampaikan.Jika kita refer pada Al-Quran Terjemahan, kita hanya dapat maklumatfeeling belum tentu.

kita kena ingat, Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.(12:2)

No comments:

Powered By Blogger