BlOg ArChIvE

Monday, September 20, 2010

addiyyah

Adhiyyah bererti sembelihan binatang seperti unta, lembu, kambing, dan biri-biri. Adapun tujuan sembelihan ini adalah untuk taqarruban iaitulah mendekatkan diri kepada Allah. Ianya ialah ibadah taabudi yang dilakukan pada hari-hari raya adha dan tasyrik. Dalil ibadah qurban ini ialah Allah berfirman dalam surah al-kautsar ayat 2:

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَٱنۡحَرۡ (٢)

Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)

Hukum kepada ibadah ini ialah sunat muakadah iaitu satu sunnah yang sangat-sangat dituntut untuk kita melakukannya. Nabi s.a.w tidak pernah meninggalkan ibadah ini. Walaupun hanya sunat, tetapi ianya boleh menjadi wajib kalau sekiranya seseorang itu bernazar untuk melakukannya.

Ibadah ini juga afdhal untuk kita melakukannya mengikut turutan iaitu turutannya ialah unta jika kita mampu.Sekiranya tiada kemampuan maka carilah lembu dan sekiranya masih tidak mampu juga maka sembelihlah kambing atau sebahagian daripada daripada tujuh bahagian unta atau lembu. Rasulullah diriwayatkan pernah menyembelih seekor unta untuk isteri-isteri baginda.

Ibadah taabudi ialah ibadah yang dilakukan secara taabud iaitu perkara yang tidak boleh ditukar. Apabila dinamakan ibadah taabud maka dalam apa bentuk sekalipun ia menuntut kepada ketaatan walaupun dalam sesuatu ibadah taabudi itu tiada hikmat yang dapat kita lihat secara jelas.

Pada hukumnya daging qurban ini tidak diberikan kepada orang bukan Islam. Berlainan dengan aqiqah yang lebih cenderung kepada kesyukuran kerana mendapat anak. Akan tetapi hukum daging qurban itu boleh berubah sekiranya pada satu-satu ketika daging itu menjadi terlalu banyak dan boleh mengakibatkan pembaziran maka ada ulamak yang mengharuskan pemberian daging itu kepada orang bukan Islam atas dasar mengelakkan pembaziran daripada berlaku.

Dalam hal pembahagian juga, disunatkan daging-daging qurban ini diagihkan secara mentah kepada penerima berbanding dengan aqiqah yang disunatkan kita memasaknya dengan dilebihkan sedikit rasa manis dalam masakan itu.

Hikmah yang ada pada ibadah ini juga, adalah untuk mengingatkan kita kepada kesabaran, kesanggupan menerima perintah Allah secara mutlak yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim sekeluarga. Tiada merasa susah dengan perintah Allah. Bayangkanlah ketika mula mendapat anak setelah sekian lama menunggu, baginda diperintah Allah agar meletakkan anak isterinya di suatu lembah yang gersang. Apabila anak itu meningkat remaja, diperintahkan pula supaya menyembelih anak kesayangan baginda itu.

Tiadalah kesanggupan melakukan kerja yang dianggap amat perit itu melainkan  keatas orang-orang yang benar-benar bertaqwa dan juga bertawakkal kepada Allah sahaja. Hanya insane yang terpilih sahaja yang benar-benar menyanggupinya. Semoga dengan ibadah qurban ini maka akan lahirlah keinsafan dalam diri kita untuk turut berkorban dijalan Allah.

Selain daripada kita merenung peristiwa ketaatan nabi Allah Ibrahim sekeluarga  ibadah ini juga sebenarnya untuk menginsafi dan menghidupkan rasa kasih sayang tolong menolong kepada orang miskin, keluarga jiran dan masyarakat. Rasa kekitaan akan wujud hasil daripada perasaan cakna kita dengan orang disekeliling kita. Dengan bersedekah, memberi hadiah, ianya akan menambahkan lagi ikatan persaudaraan yang telah sedia ada.

Suka ana disini mengambil kesempatan untuk menasihati saudara-saudari sekelian agar berusaha supaya menghidupkan ibadah ini dengan penuh keikhlasan. Firman Allah:

لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡ‌ۚ كَذَٲلِكَ

سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِينَ (٣٧)

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya.(Surah al-Hajj ayat 37)

Beberapa perkara juga patut kita perhatikan dalam kita menjalani ibadah ini iaitu adalah haram mengambil daging qurban dan dijadikan sebagai upah kepada tukang sembelih atau orang yang melapah daging. Boleh kita ambil duit lain sebagai upah. Walaupun begitu adalah lebih afdhal jika kita niat untuk menolong sahaja.

Sunat diambil sedikit daripada bahagian hati untuk dimakan oleh tuan empunya daging qurban. Keseluruhan daging itu boleh di bahgi tiga bahagian iaitu satu bahagian untuk empunya, satu bahagian untuk orang miskin dan satu bahagian untuk orang kaya.

Akhirnya sebagai penutup bicara, ana mengajak saudar-saudari sekelian agar mengambil iktibar dengan bersungguh-sungguh tentang kepayahan dan kesulitan yang dialami oleh para nabi kita dalam mengorbankan segala kesenangan dunia dalam perjalanan mereka untuk menegakkan agama Allah. Oleh itu carilah kesanggupan kita untuk turut berkorban di jalan Allah kerana para nabi, anbiya, solehin dan orang-orang yang telah mengikut jalan pengorbanan ini telahpun berbahagia dialam roh disisi Allah.

Wallahua’lam

No comments:

Powered By Blogger