BlOg ArChIvE

Monday, August 23, 2010

Muslimah Remaja Yang Menyembunyikan Haid

Ramai muslimah remaja yang menyembunyikan waktu datang haid  untuk pertama kalinya. Perkara ini disebabkan faktor ketidaktahuan dan rasa malu yang amat kuat di dalam diri muslimah sehingga mereka pun menyembunyikan perkara itu daripadanya keluarganya. Hal ini akan menyebabkan muslimah remaja tersebut akan tetap solat dan berpuasa seperti biasa kerana mereka tidak tahu apakah hukumnya. Padahal perkara itu sudah terang lagi bersuluh haram di sisi agama.

Muslimah remaja tersebut seharusnya menceritakan perkara tersebut kepada ibunya mengenai masalah yang dihadapinya itu. Rasa malu tidak boleh dijadikan penghalang untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan. Malu untuk mendapatkan ilmu adalah perkara yang paling tercela. Aisyah pernah berkata, “ Semoga Allah merahmati wanita Ansar kerana rasa malunya tidak pernah menghalang mereka untuk memahami agama.”

Kemudian, perkara yang wajib dilakukan oleh kaum ibu adalah selalu berhati-hati dan mengajar anak-anaknya tentang permasalahan hukum yang berkaitan dengan haid. Ibu merupakan teman yang paling rapat bagi kaum muslimah kerana mereka hanya boleh berkongsi mengenai masalah-masalah sebegini dengan ibunya sahaja kerana muslimah remaja tahu bahawa ibunya lebih mengetahui segalanya berbanding mereka.

No comments:

Powered By Blogger