BlOg ArChIvE

Wednesday, August 4, 2010

Berpuasa Sunat Ketika Suami Ada Di Rumah

SESEORANG isteri tidak boleh berpuasa sunat ketika suaminya ada di rumah kecuali dengan mendapat keizinan daripada suaminya terlebih dahulu. Diriwayatkan daripada Abu hurairah, bahawa Nabi S.A.W bersabda,

"Tidak halal bagi seseorang wanita (isteri) berpuasa sunat, sedangkan suamiya ada di rumah, kecuali mendapat izin daripadanya."

Di dalam sebahagian riwayat Ahmad dan Abu Daud disebutkan, "kecuali puasa Ramadhan." Hal ini bermakna isteri dikecualikan untuk mendapat izin daripada suaminya semasa berada di dalam bulan Ramadhan kerana puasa di bulan Ramadhan adalah wajib. Jika suami membenarkan isterinya untuk berpuasa sunat, maka isterinya boleh untuk berpuasa sunat. Tetapi lain pula ceritanya jika suaminya tidak ada di rumah ataupun isteri itu sudah bercerai dengan suaminya, maka isteri itu tidak perlu meminta izin daripada suaminya untuk berpuasa sunat pada hari tersebut.

No comments:

Powered By Blogger